Showing posts with label spray. Show all posts
Showing posts with label spray. Show all posts

Sunday, October 11, 2015

Aromatherapy Massage Oil 

(Minyak Urutan Aromaterapi) 100% pure essential oil 


CAPTIVATING
Basil, Eucalyptus, Lavender, Peppermint

Direka khas untuk mencapai kesihatan ynag optimum dengan meningkatkan peredaran darah yang lemah, membantu melegakan otot-otot yang tegang, merangsang badan, meningkatkan semangat  mental dan melegakan keletihan. 
_______________________________________________________________

REJUVENATING
Grapefruit, Orange, Peppermint, Rosemary

Direka khusus untuk meremajakan diri, mengimbangi sistem saraf, mengurangkan masalah kerisauan dan tekanan perasaan. Gunakan minyak ini untuk mendapatkan ketenangan  yang mendalam dan ketika meditasi
_______________________________________________________________

SENSUAL
Geranium, Lavender, Patchouli

Direka dengan bauan yang lembut, dengan campuran bau menggoda untuk para pasaangan. Mengandungi aphrodiasiak semulajadi yang memberi manfaat untuk lelaki dan wanita. bau ini adalah hebat untuk melegakan tekanan dan keletihan.
_______________________________________________________________

SOOTHING
Cajuput, Citrus Lime, Lavender, Rosemary

Direka khusus bagi membantu menyembuhkan dan memberi tenaga kepada otot-otot dan sendi-sendi yang tegang. Ia sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dari ketegangan. Bau ini amat menenangkan.
_______________________________________________________________

STRESS RELIEF
Clary Sage, Lavender, Patchouli, Sandalwood

Direka khusus untuk melegakan dan mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia adalah juga satu campuran hebat untuk meditasi. baunya yang melegakan amat sesuai untuk mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian.
______________________________________________________________

Harga: RM20/ 30ml
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang




  

Sunday, October 4, 2015

Sutra Aromatherapy Sinus Away Spray


Sutra Sinus Away Spray dirumus khas untuk melegakan resdung dengan membasmi jangkitan, melegakan kesakitan dan ketidakselesaan salur pernafasan. Minyak pati yang digunakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-fungus. Juga sesuai untuk sakit dan pening kepala.

Sinus Away Spray known for its antibacterial, anti fungal and antiviral properties, proven to works best in the mucous linings of the body. The spray comes to the rescue in clearing the nasal passageway of sinusitis and other nasal conditions. 

Easy to use, only spray on your pillow before sleep or spray on your palm and then inhale deeply for 2-3 times before sleep or at anytime of the day!

Harga: RM25/ 200ml
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang

Sunday, September 27, 2015

Sutra Aromatherapy Multipurpose Spray



Sutra Aromatherapy Multipurpose Spray

100% natural aromatherapy spray yang dirumus daripada bahan2 semulajadi untuk pelbagai kegunaan: 
  • penyegar udara
  • wangian aromatheraphy
  • membantu hilangkan stress
  • mengatasi masalah serangga
  • pembersih cermin dan meja
  • ironing aid

Boleh didapati di dalam pelbagai haruman:

  • Rose Sensation
  • Citrus Berry
  • Pandan
  • Sweet Lavender
  • Vanilla 

Harga: RM20/ 200ml and RM27 (Vanilla)
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang






Welcome to Soothing Sutra!

Assalamualaikum wbt


"Aromatherapy, also referred to as Essential Oil therapy, can be defined as the art and science of utilizing naturally extracted aromatic essences from plants to balance, harmonize and promote the health of body, mind and spirit.  It seeks to unify physiological, psychological and spiritual processes to enhance an individual’s innate healing process"
 - National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA)

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Aromatherapy?

Aromatheraphy berasal daripada  gabungan dua perkataan iaitu "aroma" dan "therapy". "Aroma" bermaksud  bau-bauan atau haruman manakala "therapy" pula membawa maksud rawatan. Maka, aromatherapy adalah merupakan kaedah rawatan alternatif menggunakan bau-bauan ataupun haruman berasaskan sumber semulajadi. 

Kaedah rawatan ini menggunakan pati minyak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk membantu memperbaiki kesihatan, meningkatkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenagkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan. 

Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi ?

Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusia. Tanpa kita sedari, hidung kita berupaya untuk menangkap lebih daripada 100,000 bau yang terdapat di persekitaran kita. 


Bauan tersebut akan mempengaruhi bahagian sel-sel otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya, dengan menyedut aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa relax dan tenang.



Teori Bagaimana Aromaterapi Berfungsi

  1. Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah. Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit athritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang/ menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun kita 
  2. Berkaitan langsung dengan deria bau kita. Apabila menghidu sesuatu bau, bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat kita berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu seseorang, maka ini adalah salah satu proses yang penting di dalam aromaterapi.