Assalamualaikum wbt
"Aromatherapy, also referred to as Essential Oil therapy, can be defined as the art and science of utilizing naturally extracted aromatic essences from plants to balance, harmonize and promote the health of body, mind and spirit. It seeks to unify physiological, psychological and spiritual processes to enhance an individual’s innate healing process"
- National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA)
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Aromatherapy?
Aromatheraphy berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu "aroma" dan "therapy". "Aroma" bermaksud bau-bauan atau haruman manakala "therapy" pula membawa maksud rawatan. Maka, aromatherapy adalah merupakan kaedah rawatan alternatif menggunakan bau-bauan ataupun haruman berasaskan sumber semulajadi.
Kaedah rawatan ini menggunakan pati minyak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk membantu memperbaiki kesihatan, meningkatkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenagkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan.
Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi ?
Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusia. Tanpa kita sedari, hidung kita berupaya untuk menangkap lebih daripada 100,000 bau yang terdapat di persekitaran kita.
Bauan tersebut akan mempengaruhi bahagian sel-sel otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya, dengan menyedut aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa relax dan tenang.
- Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah. Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit athritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang/ menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun kita
- Berkaitan langsung dengan deria bau kita. Apabila menghidu sesuatu bau, bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat kita berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu seseorang, maka ini adalah salah satu proses yang penting di dalam aromaterapi.
No comments:
Post a Comment