Showing posts with label minyak pati. Show all posts
Showing posts with label minyak pati. Show all posts

Monday, April 18, 2016


DAN SEBENARNYA…

ION POSITIF vs ION NEGATIF (Bahagian 2)

Kadar ion positif yang tinggi dalam system badan kita cenderung menghasil atau mencipta keadaan berasid. Keadaan berasid yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Seperti yang dijelaskan dalam Bahagian 1, Minyak pati mampu membantu mengimbangi ion positif (Acid) di dalam badan. 

Apa yang Minyak pati boleh lakukan dalam kehidupan seharian adalah ianya boleh meningkatkan keALKALIan badan kita, bukan disebabkan ianya bersifat alkali tetapi cara mana ianya bertindakbalas dengan asid. Apabila darah di dalam tisu badan anda dalam keadaan asid, minyak pati akan berkompromi dalam apa bentuk yang sepatutnya dan menyimbangkan keadaan asid.

Asid memusnahkan molekul essential oil (memecahkan rantaian fitokimia) di dalam darah. Di sebalik proses kemusnahan minyak pati, terdapat kebaikan yang dicipta. Bahagian asid yang aggresif adalah ion Hidrogen Bebas (H+), yang mudah memberikan kesan tidak baik pada badan akan diNEUTRALkan oleh molekul minyak pati yang memasuki system badan kita. Apabila berlaku penurunan ion H+ di dalam badan, pH akan menaik kepada keadaan beralkali dan meningkatkan taraf kesihatan seseorang.

Ramai orang yang sebenarnya mempunyai keadaan berasid akan bertindakbalas secara negative dengan bauan dari minyak pati. “tak bestnya bau minyak nii..” , “busuknya spray ni..”.. Tindakbalas ini bukan disebabkan oleh bau minyak pati yang tidak enak, tetapi lebih kepada tindak balas minyak pati dalam menghapuskan toksin. Toksin itu yang sebenarnya mengeluarkan bau yang kurang enak. Apabila tahap keasidan dan toksin berkurang, mereka akan rasakan dan menikmati bau minyak pati yang wangi tersebut.

Fakta ini juga melibatkan mereka yang mempunyai personality “ASID” . Emosi negatif dan terganggu seperti benci, marah, kemurungan dan suka menyendiri bertindak sebagai “spiritual acids” yang melenyapkan kegembiraan dan kedamaian kita. Mereka yang bersifat “spiritual acids” akan bertindakbalas secara negative terhadap bau minyak pati. Pengedar SUTRA mungkin pernah mendengar ada antara pelanggan yang berkata “saya tak tahan dengan bau minyak ni”, “Jauhkan minyak / spray tu dari saya”. Ini selalu terjadi kepada SUTRA Aura7 kerana ianya terdiri daripada 7 jenis minyak pati. Reaksi ini memberi petunjuk yang pemikiran atau perasaan yang tidak menyenangkan akan tercetus apabila diganggu oleh bau minyak pati. Akibat tidak bersedia untuk menerimanya, mereka mengelak atau melarikan diri dari minyak pati.

Bagaimana pun keadaan ini akan berubah jika mereka tahan dan sentiasa menggunakan minyak pati. Seperti yang dijelaskan di atas tadi, tahap asid dan toksin akan berkurang hasil tindakbalas dengan minyak pati. Pengunaan produk berasaskan minyak pati yang konsisten mampu untuk mengimbangi tahap keasidan dan menghapuskan toksin yang terdapat di dalam badan kita. 

Selamat berSutra!!

Source: FB page of Mohd Khairil Said, Founder of SUTRA

ION NEGATIF Vs ION POSITIF

Bestnya kalau dapat rehat santai macam “brother” dalam gambar tu..menikmati suasana pantai. Bayangkan kalau kita yang dapat rehat-rehat di pantai, mesti bestkan.

Kalau nak tahu, di kawasan pantai ni banyak ION NEGATIf. Begitu juga kalau kita ke kawasan air terjun dan juga kawasan hutan. Udara segar, nyaman dan tenang. 

Berbanding kalau kita di kawasan bandar atau yang sedang membangun, atmosferanya dipenuhi oleh ION POSITIF yang terhasil daripada sisa industri, partikel asap kenderaan, dan medan electro-magnet. Malah kita juga selalu terdedah dengan ION POSITIF yang terhasil di skrin computer. Penyaman udara, lampu kalimantang juga menghasilkan ION POSITIF.

Apa yang anda faham dengan ION POSITIF dan ION NEGATIF ini. Apa kesannya kepada kita?

ION POSITIF yang terdapat di persekitaran dipercayai boleh menyumbang kepada keletihan, kekurangan tenaga, tekanan perasaan, kebimbangan dan mudah baran. ION POSITIF juga dilaporkan sebagai salah satu penyumbang kepada asthma dan kemurungan.

ION NEGATIF pula mempunyai kesan yang berlawanan daripada ION POSITIF di mana ianya meransang system saraf parasimpatetik yang mengawal keadaan rehat, ketenangan, pencernaan dan tidur anda. ION Negatif juga telah terbukyi membantu mengurangkan masalah yang dihadapi peparu seperti asthma dan alergi. ION NEGATIF dilihat mampu mengekang pertumbuhan bakteria dan mengurangkan kontaminan dari udara seperti pollen, habuk, asap, dan virus yang boleh memburukkan lagi kesihatan peparu anda.

Jadi bagaimana cara untuk kita mengimbangi ION POSITIF dengan ION NEGATIF ini?

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan minyak pati (essential oils) kerana minyak pati menpunyai ciri-ciri melawa bakteria dan virus yang terdapat di udara. Penggunaan difusser dan penyegar udara semulajadi mampu memerangi masalah ni sekaligus memberikan persekitaran yang sihat. ION POSITIF sangat halus dan sangat mudah memasuki ke saluran darah melalui pernafasan kita. Maka penggunaan minyak urutan aromatherapi dan produk berasaskan minyak pati juga mampu mengimbangi ION POSITIF yang terdapat di dalam darah. Minyak pati juga kaya dengan oksigen dan dengan kehadiran ION NEGATIF akan meningkatkan lagi kadar aliran oksigen ke otak sekaligus menyebabkan kita lebih peka (alert) dan mental lebih jelas dan sihat.

Jadi, nasihat kami dari SUTRA, minyak pati @aromaterapi merupakan cara semulajadi yang terbaik untuk mencipta persekitaran yang sihat, tenang dan harmoni sekaligus meningkatkan tahap kesihatan luaran dan dalaman kita.

Selamat berSutra!!

Source: FB page of Mohd Khaiirl Said, Founder of SUTRA

Monday, November 30, 2015

SUTRA Vanilla Series 

Vanilla = harum, manis, seksi 
Kalau sebut vanilla mesti ingat aiskrim, tak pun kek.. tapi dalam SUTRA, takda semua tu.. cuba tengok gambar produk SUTRA di bawah tu. 😊


Vanilla ni adalah bahan atau spice yang kedua paling mahal selepas Saffron. Ada banyak jenis Vanilla berdasarkan kawasan Geografinya seperti Madagascar (Bourbon) Vanilla, Mexican Vanilla dan Tahitian Vanilla. Kesemuanya mempunyai nilai tinggi yang memcecah ribuan ringgit sekilo. Jadi ini yang memberi masalah kepada SUTRA kerana kos bahan mentah yang tinggi menyebabkan harga jualan produk tinggi. Jadi kami di SUTRA mencari alternatif untuk bekalan vanilla ini.

Hasilnya kami import vanilla dari Sulawesi tetapi harganya masih mencecah ratusan ringgit sekilo. Vanilla ini diekstrak oleh TBESB untuk mendapatkan extract cecair dan absolute yang mana hasilnya digabung untuk menghasilkan produk SUTRA. Bagaimana pun, pengekstrakan dilakukan dengan hati-hati dan tepat untuk mengelakkan pembaziran. Almaklumlah, kos.bahan mentah sangat mahal.

Kenapa Vanilla? 


1. Ekstrak vanilla mempunyai kandungan antioksida yang berfungsi menghalang tindakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kulit
2. Mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang.membantu membersihkan kulit
3. Mempunyai ciri-ciri pelembab semujadi yang mampu memelihara kesihatan kulit kepala dan rambut.
4. Baunya yang harum dan manis membantu dalam menghidarkan kemurungan dan tekanan perasaan.
5. Baunya juga agak SENSUAL membantu dalam meransang penghasilan hormon testeron dan estrogen

Vanilla series ini terdiri daripada:
1. Vanilla Aromatherapy Body Lotion (RM35/ 250ml)
2. Vanilla Aromatherapy Multipurpose Spray (RM27/ 200ml)
3. Vanilla Aromatherapy Shower Gel (RM32/ 250ml)
4. Vanilla Aromatherapy Shampoo (RM35/ 250 ml)

For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang

Sutra Sajdah Rawdah & Rumi



Multipurpose Spray ini dirumus khas untuk kegunaan di Sejadah dan ianya amat sesuai digunakan pada bila-bila masa. Ianya akan dapat memberikan aroma atau wangian yang sesuai untuk mendirikan solat. Ianya juga mengandungi antibakteria selain dapat membersihkan permukaan Sejadah itu sendiri.

SUTRA Sajdah dapat mewujudkan suasana yang tepat untuk melaksanakan solat. Disemai dan juga dengan ciri-ciri anti bakteria, ia juga membantu untuk membersihkan permukaan di mana "sujud" akan dilakukan ". SUTRA Sajdah terdiri daripada dua jenis wangian iaitu Raudah dan Rumi. Bau SUTRA Sajdah ini dapat memberikan rasa tenang ketika solat selain dapat digunakan sebagai spray bilik atau ruang solat.

Harga: RM35/ 100ml
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang

Sunday, October 4, 2015

Sutra Aromatherapy Sinus Away Spray


Sutra Sinus Away Spray dirumus khas untuk melegakan resdung dengan membasmi jangkitan, melegakan kesakitan dan ketidakselesaan salur pernafasan. Minyak pati yang digunakan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-fungus. Juga sesuai untuk sakit dan pening kepala.

Sinus Away Spray known for its antibacterial, anti fungal and antiviral properties, proven to works best in the mucous linings of the body. The spray comes to the rescue in clearing the nasal passageway of sinusitis and other nasal conditions. 

Easy to use, only spray on your pillow before sleep or spray on your palm and then inhale deeply for 2-3 times before sleep or at anytime of the day!

Harga: RM25/ 200ml
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang

Sunday, September 27, 2015

Sutra Aromatherapy Multipurpose Spray



Sutra Aromatherapy Multipurpose Spray

100% natural aromatherapy spray yang dirumus daripada bahan2 semulajadi untuk pelbagai kegunaan: 
  • penyegar udara
  • wangian aromatheraphy
  • membantu hilangkan stress
  • mengatasi masalah serangga
  • pembersih cermin dan meja
  • ironing aid

Boleh didapati di dalam pelbagai haruman:

  • Rose Sensation
  • Citrus Berry
  • Pandan
  • Sweet Lavender
  • Vanilla 

Harga: RM20/ 200ml and RM27 (Vanilla)
For more info, please contact: 019-2244544
Instagram: sutra.stokisklang






Welcome to Soothing Sutra!

Assalamualaikum wbt


"Aromatherapy, also referred to as Essential Oil therapy, can be defined as the art and science of utilizing naturally extracted aromatic essences from plants to balance, harmonize and promote the health of body, mind and spirit.  It seeks to unify physiological, psychological and spiritual processes to enhance an individual’s innate healing process"
 - National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA)

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Aromatherapy?

Aromatheraphy berasal daripada  gabungan dua perkataan iaitu "aroma" dan "therapy". "Aroma" bermaksud  bau-bauan atau haruman manakala "therapy" pula membawa maksud rawatan. Maka, aromatherapy adalah merupakan kaedah rawatan alternatif menggunakan bau-bauan ataupun haruman berasaskan sumber semulajadi. 

Kaedah rawatan ini menggunakan pati minyak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi untuk membantu memperbaiki kesihatan, meningkatkan semangat, membangkitkan keghairahan, menenagkan jiwa dan merangsang proses penyembuhan. 

Bagaimanakah Aromaterapi Berfungsi ?

Menurut Dr. Alan Huck (Pakar Neurology Psikiatri dari pusat penelitian deria dan rasa di Chicago), bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusia. Tanpa kita sedari, hidung kita berupaya untuk menangkap lebih daripada 100,000 bau yang terdapat di persekitaran kita. 


Bauan tersebut akan mempengaruhi bahagian sel-sel otak yang berkaitan dengan mood (suasana), emosi, ingatan dan pembelajaran. Misalnya, dengan menyedut aroma Lavender, ia akan meningkatkan gelombang-gelombang alfa di dalam otak dan gelombang inilah yang akan membantu kita untuk berasa relax dan tenang.



Teori Bagaimana Aromaterapi Berfungsi

  1. Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah. Pengaliran darah ke seluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan. Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai kesan anti-radang, yang boleh membantu menyembuhkan penyakit athritis dan kesakitan otot. Minyak lain boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang/ menghalau jangkitan dengan membantu meningkatkan sistem imun kita 
  2. Berkaitan langsung dengan deria bau kita. Apabila menghidu sesuatu bau, bau tersebut akan terus berhubung dengan otak. Makanan, bunga-bunga, wangian dan tananam membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau (olfaktori). Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak menafsirkan bau tersebut. Kemudian, bau tersebut akan bertindak balas di dalam badan secara fizikal dan emosi. Contohnya, bau boleh mengubah kadar penafasan dan membuat kita berasa tenang atau teruja. Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu seseorang, maka ini adalah salah satu proses yang penting di dalam aromaterapi.